klik2

Monday, October 29, 2012

Pot Luck, Sukaneka, Birthday Batch

20 Oktober 2012 telah diadakan majlis sambutan hari lahir para pelajar Edu Citi-Tel Sungai Petani (September-November). Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis serta bagi mengembirakan para pelajar setelah tamat peperiksaan akhir tahun.

Antara aktiviti yang diadakan adalah, gotong royong, Senamrobik, Explore Race, Sukaneka dan disebelah petang diadakan acara memotong kek dan Pot Luck.

Semoga program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara para pelajar dengan staff.























Penang SPACE festival NASA 2012

Pada 29 Oktober 2012 bertempat di USM telah diadakan program Penang SPACE festival NASA 2012. Pihak Koridor Utara (Edu Citi-Tel) Sungai Petani telah mengadakan lawatan ke sana bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menerokai dan mempelajari perkara yang berkaitan dengan angkasa lepas.

Para pelajar juga telah diberi peluang untuk mencerap matahari serta bermain dengan permainan buih belon.

Diharap program sebegini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta mampu memberi inspirasi kepada mereka untuk terus maju dalam pelajaran.