klik2

Tuesday, May 17, 2011

Anda Memang Chantek

Cerita yang dicedok dari sumber2 yg dipercayai.Untuk tatapan.Sama2 renungkan. ^_^


Dalam kebanyakan program yang saya kendalikan selalu sy bertanya, "anda semua yang berada di dalam dewan ini,siapa rasa dirinya cantik sila angkat tangan." Masih tiada. "Hai,tak ada seorang pun dalam dewan yang besar ni cantik?"soal saya.

Kemudian saya akan bertanya lagi buat kali ketiga, "sesiapa di dalam dewan ini akan merasakan dirinya lawa dan cantik silalah angkat tangan." Adalah dua,tiga orang yg mengangkat tangannya,itupun malu-malu,takut-takut dan antara ya dengan tidak. Sebenarnya bukan tangan yang diangkat tapi jari. Rendah paras dada, takut dilihat dek orang. "Sungguh kita ini tidak tahu diuntung. Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik. Padahal kita dicipta oleh ALLAH S.W.T, yang MAHA BIJAKSANA. Beranikah anda mengatakan diri anda tidak cantik,sedangkan anda dicipta oleh ALLAH?" Senyap......

Kemudian saya akan bertanya lagi ,"siapa-siapa di sini merasakan dirinya masih xcantik,sila angkat tangan". Masing-masing toleh menoleh dan bertukar senyum,sesetengahnya tertawa kecil tetapi tiada siapa sanggup mengangkat tangan. 'Jadi kalau begitu apakah ini bermakna anda semua cantik? Ya atau Tidak. Jawab."

"Yaaaaaaaaaaaa!!!!" jawab semua orang sambil tertawa dan juga bersemangat.

“Baik,soalan sy yg terakhir. Siapa-siapa di dalam dewan ini yang merasakan diri dia cantik,angkat tangan,tnggi sekali.” Seluruh dewan riuh dan tangan-tangan kelihatan menceracak di semua sudut. “Ha..barulah betul”. Dewan terus riuh dan gamat sekali dengan tertawa ceria dan juga cakap-cakap yang tidak jelas butir bicaranya. “siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan ALLAH? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan ALLAH itu tidak cantik? Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik,sedangkan kita dicipta oleh ALLAH?”soal saya. “Setiap orang adalah cantik. Ukuran cantik atau tidak sebagaimana yang kita faham sekarang ini adlah ukuran manusia. Ukuran ALLAH berbeza. Amat berbeza malah jauh sekali daripada ukuran yang kita buat.”

Begitulah kita selalu gagal merangsang diri sendiri dengan kyakinan-keyakinan yang padu,padahal hidup itu sendiri menuntut kepaduan dari segala sudut- hati,perasaan,emosi,kemahuan,kehendak,cita-cita,azam,usaha,pemikiran dan segala macamnya lagi.

Bagaimana hidup ini hendak dijalani dengan penuh tertib dan adil jika kita tidak merasakan TUHAN tidak adil terhadap kita. TUHAN menciptakan kita dengan pelbagai rupa sebagai bukti kekuasaannya dan selagi namanya ciptaan ALLAH tiada yang buruk. Kita semua cantik,lawa,macho,handsome,menarik,unik,comel,mengancam dan segala-galanya. Bagaimanapun keadaan anda,anda adalah cantik. Anda bukan saja cantik bahkan menarik sekali. Anda akan BERTAMBAH CANTIK JIKA DISULAMI AKHLAK,PERIBADI DAN PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH. Setiap kali melihat cermin tanyalah diri apakah ALLAH sayang padaku? Jika anda boleh menjawab spontan tanpa teragak-agak atau berfikir sejenak,anda seorang yang baik. Yakinilah diri anda cantik luar dan dalam.cantik luar dan dalam bermakna anda baik. Jika anda baik anda tentu disayangi oleh semua orang termasuklah ALLAH yang menciptakan.

Syabas,anda memang cantik!

Saturday, May 14, 2011

Istiadat konvokesyen UiTM ke-74

Alhamdulillah setelah 5 tahun berpenat lelah dan bertungkus lumus belajar, akhirnya aku dah berjaya mendapatkan segulung ijazah..... Suka duka dan tangis tawa sepanjang aku berada di uitm akan terus diingati sampai akhir hayat.....terima kasih kepada rakan-rakan yang telah bersama ketika susah dan senang..dan tak lupa juga kepada para pensyarah dari diploma hingga degree yang telah memberi tunjuk ajar dan ilmu....semoga kita akan bertemu lagi di lain waktu.....

Skrol sudah dalam genggaman....chaiyok2 mencari rezeki yang halal.....

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ath-Thalaq: 2-3).